
mohdyusrigiman
5 tahun
Kerap jadi tak sedar apa yang sedang berlaku
Saya lelaki berumur 51 tahun sedang makan ubat kolesterol, darah tinggi, kencing manis, cair darah dan jantung. Masalah saya ialah kadang-kadang saya lupa contohnya bila tiba di simpang saya terus belok dan lupa ada kereta di hadapan saya. Hampir berlaku kemalangan. Kes seperti ini dah beberapa kali berlaku. Adakah ada kaitan dengan penyakit dan ubat-ubat yang saya sedang makan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kerap lupa boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Terlalu banyak pengambilan ubat-ubatan - memerlukan pemeriksaan doktor
- Usia
- Kadar gula dalam darah tinggi
- Kurang rehat/tekanan
- Tidur berdengkur - saluran nafas anda akan tersekat dan menghalang oksigen beberapa saat sewaktu sedang tidur untuk sampai ke sel-sel otak yang memerlukan oksigen
- Metabolisme turun
- Pengambilan ubat alergi atau pil tidur
Oleh sebab itu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih