
Sulit
5 tahun
Kerap jatuh sakit hampir setiap bulan ada hari2 tertentu saya akan sakit
saya remaja 18 tahun dan seorang atlet (angkat berat) & (merupakan OKU (fizikal)… Doctor saya nak tanya kenapa saya kerap mengalami batuk, selesema, pening kepala, sakit dada, demam, muntah-muntah dan sesak nafas? dalam sebulan pasti 2-3 minggu saya akan sakit dan saya sudah pun berjumpa dgn doktor dan dia hanya memberikan antibiotics sahaja… mohon penjelasan tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mengalami simptom yang pelbagai dan kami tidak boleh mengesahkan permasalahan sebenar yang sedang anda alami.
Terdapat banyak soalan seperti sejarah sakit, gaya hidup, sejarah keluarga, sejarah pembedahan dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.