reffimohd
6 tahun
Kerap ke Cambodia atas urusan kerja
Saya baru pulang dari Cambodia, selepas 2 minggu berada dia sana atas urusan kerja. Sy pulang 5/3 (Khamis), dalam keadaan yang sihat. Pada 6/3 saya terus masuk pejabat di Petaling Jaya. Saya dapati ada beberapa kawan saya yang tiba-tiba sakit tekak sejak petang 6/3 dan seorang lg pagi 7/3. Keadaan saya kita ini masih sihat. Oleh kerana saya dijadualkan untuk ke Cambodia semula pada 9/3 ini, apakah saranan Dr kepada saya ketika ini? Perlu saya utk buat pemeriksaan di hospital, dan quarantine diri saya selama dua minggu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Melalui data dari WHO, setakat semalam, Cambodia mencatatkan hanya 1 kes import coronavirus.
Namun begitu saya menyaranakan untuk anda mengambil langkah pencegahan semasa keluar negara mahupun sekarang ketika di Malaysia. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Bagi mengetahui keperluan untuk ke hospital dan kuarantin, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Semoga anda sentiasa sihat dan slemat pergi dan kembali dari Cambodia. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































