
Sulit
3 tahun
Kerap keluar air Mani secara tiba tiba
Saya lelaki umur 15 tahun saya mengalami masalah kerap keluar air Mani secara tiba tiba ketika saya sedang tidur malam. Air Mani itu keluar tanpa saya mimpi basah apabila saya bangun dari tidur saya lihat ada air Mani yang keluar, kadang kadang semasa saya tidur ada rasa keluar air Mani dan kadang kadang tiada rasa keluar air Mani tapi bila saya check adanya air Mani yang dah keluar secara tiba tiba. Setiap bulan pasti akan berlaku perkara ini, saya dah mengalami masalah ini sejak 1 tahun lebih. Saya harap doktor dapat memberitahu masalah saya ini dan boleh membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap keluar air mani yang anda hadapi hampir setiap bulan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, air mani yang keluar tanpa sengaja boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- Mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan sampingan ubatan
- Kulit kemaluan yang terlalu sensitif dan mudah teransang
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui telekonsultasi secara peribadi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.