
Sulit
3 tahun
Kerap keluar air mani tampa melakukan onani
Contoh… Saya dalam satu minggu ni selalu masalah keluar air mani dengan tiba tiba… Selalu nk keluar air mani ketika saya nak buang air keecil…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap keluar air mani yang anda hadapi dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, air mani yang keluar tanpa sengaja boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui telekonsultasi secara peribadi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.