sn.haslinda81
4 tahun
Kerap kena uti dan angin di perut
sy wanita berumur 38 tahun. telah bersalin Caesarean sbyk 3 kali. bersalin anak ketiga ialah kembar. selepas mlahirkan anak kembar 7 tahun lalu ,sy sering mgalami uti(jangkitan salur kencing)…dalam setahun 2 kali kena.
perut sy juga mudah kembung seperti membusung dan angin penuh di perut.
sy ingin bertanya pendapat doc ttg masalah sy.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang mempengaruhi masalah kencing tidak lawas. Antaranya adalah:
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang bermasalah, sering tidak disedari sehingga sampai ke peringkat akhir, yang dikenali sebagai inkontinens limpahan.
- Pundi kencing hipotonik, juga dikenali sebagai pundi kencing yang malas atau neurogenik, yang menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikendalikan dan dikosongkan dengan betul.
- Masalah fungsi pundi kencing, terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak rilekskan semasa pembuangan air kencing untuk membolehkan aliran bebas. Kecederaan saraf tulang belakang, cakera hernia, proses neurologi berjangkit, dan pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkan penyingkiran air kencing dari pundi kencing tidak lengkap.
- Jangkitan kencing, yang disebabkan oleh jangkitan bakteria di buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan nasihat rawatan diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.