
Sulit
5 tahun
Kerap kencing banyak kali dalam seharj
Saya perempuan berumur 21 tahun. Sekarang saya tengah on diet dan sedang amalkan minum air masa 2 liter sehari. Tapi bila saya minum lepas 5 minit mesti saya kencing banyak. Kira dalam sehari tu terlampau banyak kali. Adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Terlalu banyak minum air
- Penyakit kencing manis
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Keradangan pelvik
- Jangkitan saluran kencing
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Penyakit-penyakit terkait masalah kencing biasanya mempunya gejala tambahan seperti kencing tak lawas, kencing sakit, kencing panas dan lain-lain. Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.