nurazila1217
6 tahun
Kerap kencing dah pedih
Saya dah baca tentang simptom kencing pedih…adakah perempuan juga boleh mengalami masalah ini…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Masalah ini juga boleh terjadi di kalangan wanita.
Antara penyebab kerap kencing dan kencing berdarah dan sakit adalah:
- Jangkitan kuman dalam mana-mana saluran kencing / Kencing Kotor
- Masalah batu karang di saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































