junejun845
6 tahun
Kerap kencing dan kuat minum melampau
Lelaki kerap minum air yg diluar kawalan,kerap kencing 15 minit sekali.kurang selera makan dan lesu.saya takut dengan kesihatan suami saya
6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda. Antara kemungkinan masalah yang suami puan hadapi adalah masalah kencing manis. Namun ia juga boleh disebabkan oleh masalah hormon yang mengawal air kencing.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang suami anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan serta ujian mungkin perlu diajalankan. Untuk pengesahan, saya sarankan anda untuk mendapatkan pendapat daripada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































