
Sulit
3 tahun
Kerap kencing dan rasa dahaga
Hi, Saya lelaki berumur 29 tahun. Kebelakangan ini saya selalu berasa dahaga dan kerap kencing tetapi kuantiti yang sedikit. Selain itu, berasa badan saya agak lesu, berasa sakit di bahagian mata dan sakit di bahagian pinggang. Adakah ini saling berkait? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing dan dahaga yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing dan dahaga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Justeru, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini di hospital atau boleh menghubungi doktor kami melalui telekonsultasi secara peribadi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.