
ainruslam96
6 tahun
Kerap kencing Dan sakit bahagian bawah pusat
Assalamualaikum… Sy wanita yg sdah berkahwin… Umur 23. Sy mngalami keral buang air kecil… Dalam stu jam 2 @ 3 kali ke tandas… Dalam sehari boleh dikira berbelas kali sy ke tandas. Buangan dlm kuantiti yg bnyak bkn sedikit. Walaupun x mnum air dlm masa 3 @ 4 jam ianya ttap berlaku. Dn sy juga mngalami sakit d bahagian bwah pusat… Tdak bleh tidur terlentang… Sy ke klinik swasta utk dptkan rawatan. Tpi sy tiada mslh kncing kotor @ sbgnya… Dktr hnya mmberikan sy ubat tahan sakit dn antibiotik… Itu sahaja. Hrp doktor on call dpt mmbantu sy. Trima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerap minum air
- Minum minuman berkafein dan minuman berkarbonat
- Kencing kotor/ Jangkitan di saluran pundi kencing
- Kencing Manis
- Kehamilan (kerana saiz perut yang semakin membesar memberikan tekanan kepada pundi kencing)
- Penggunaan ubat seperti ubat diuretik
Untuk mengetahui punca masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu,puan amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.