
Sulit
5 tahun
Kerap kencing , gonorhea
Saya wanita berumur 23 tahun … Sy sudah pun melalui rawatan dri hospital kerajaan … Tp setelah 2 bulan sy alami semula seperti sebelum ini … Sehingga skrg sy perlu pkai lampin …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kerap kencing yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Pembentukan fistula - sejenis sambungan antara satu organ ke organ lain
- Jangkitan seksual - sekiranya anda pernah melakukan seks bebas
- Kencing manis
- Diabetes Insipidus (masalah hormon yang mengawal air)
- Masalah rahim prolaps (jatuh)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.