
Sulit
5 tahun
Kerap kencing , kembung perut
Saya wanita 23tahun, belum berkahwin. Saya mengalami kembung perut selama seminggu. Dan kerap kencing. saya juga sakit perut macam hendak cirit, tetapi buang air besar sikit saja . Boleh dr explain . Thankyou

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pundi kencing akibat jangkitan.
- Pedih ulu hati (Gastroesophageal reflux disease, GERD)
- Penyakit kencing manis (Kerap haus, kencing dan lapar).
- Masalah usus atau organ-organ yang terletak di kawasan sakit.
- Kehamilan.
Gejala yang digambarkan terlalu umum dan ianya boleh diakibatkan oleh banyak lagi punca. Punca yang dikatakan di atas adalah punca yang umum dan boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Tanpa mengetahui sebarang informasi yang teliti, saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.