
Sulit
4 tahun
Kerap kencing menjejaskan peluang hamil
Hi doktor. Sy berumur 27 tahun dan sudah berkahwin selama 8 bulan. Saya merancang untuk hamil tapi ade masalah jenis kerap terkencing. Seperti yang sedia maklum. Sperma dapat bertahan dalam tiub prempuan selama 3-5 hari. Tapi adakah kerap kencing akan menjejaskan sperma yg ada dalam tiub? Dan sperma cepat hilang jika kita kerap kencing.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk pengetahuan anda saluran fallopian tube seseorang wanita (saluran di antara ovari dan rahim, seterusnya faraj) adalah saluran yang berbeza dengan saluran kencing (saluran di antara pundi kencing dan lubang urethra). Umumnya sperma akan memasuki saluran fallopian tube melalui faraj dan pintu rahim. Tambahan lagi saluran kencing pula tidak akan mempengaruhi perjalanan sperma apabila sperma telah memasuki pintu rahim.
Walau bagaimanapun, gejala kerap kencing merupakan salah satu tanda penyakit yang boleh mempersulitkan kesuburan atau faktor risiko kepada gangguan kesihatan infertiliti pada seseorang wanita. Namun ia juga boleh disebabkan oleh
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan (sekiranya didapti perlu), pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.