
Sulit
5 tahun
Kerap kencing sebelum tidur dan rasa tidak selesa seperti ingin kencing lagu selepas membuang
Kerap kencing - doctor, sy berusia 17 tahun dan selalu mengalami kerap kencing sebelum tidur. Saya akan kencing hampir 4-6 kali dalam masa sejam. Masa tidur saya juga buk terganggu dek perkara ini. Baru2 ni, sebelum tidur sy pergi ke tandas utk membuang air kecil. Namun, selepas selesai dan ingin tidur, saya tidak selesa dan rasa nak kencing lg… sedangkan sy dah kencing td… walaupun sy teruskan buang air kecil, xde sedikit pun rasa lega yang dapat selesakan diri saya semula…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh banyak punca, iaitu:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Oleh demikian, doktor perlu menilai and mencari punca untuk masalah kerap kencing kerana rawatan bagi setiap punca adalah lain. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.