
Sulit
5 tahun
Kerap kencing tetapi keluar setitik setitik
Saya wanita dalam 20 an saya mengalami masalah kerap kencing dan haid sy hilang trus apabila masalah kerap kencing ini dtg , tetapi kencing saya hanya klua setitik setitik tetapi rsa nk kencing itu bnyk hendak dibuang, sy risau sy terkena jangkitan apa apa pd ovari sy, sy hendak ke klinik tetapi jaoh sy harap dokter dpt menjawab soalan saya dgn pantas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Keradangan pelvik
*Jangkitan saluran kencing - Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.