
Sulit
4 tahun
Kerap kentut dan sendawa
Dua tiga hari ni saya kerap sendawa dan kentut. Dan ada rasa sakit di bahagian perut, belah kanan, bawah. Dan sakit tu sampai ke bahagian belakang, area pinggang belah kanan. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah dan kerisauan anda yang anda alami. Namun begitu, berdasarkan kenyataan yang anda berikan di ruangan soalan, kami kurang jelas dengan isi yang disampaikan oleh anda dan maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mempunyai masalah sedemikian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor juga diperlukan untuk mengetahui punca mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan supaya rawatan sesuai dapat diberikan oleh anda.
Antara sebab-sebab mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan adalah:
- Radang apendiks
- Radang organ pelvis bagi perempuan
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam saluran kencing
Ini hanyalah keterangan am daripada kami mengenai masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.