
Sulit
4 tahun
Kerap membasuh tangan
Saya kerap basuh tangan walau pegang telefon sekali pon. Saya rasa takut kalau tak basuh tangan sampaikan tangan saya timbul biji2 air sebb kerap sangat basuh tangan. Lepas saya keluar rumah pun saya akan mandi sebab takut ada virus covid tu melekat kat baju. Saya takut nak pegang bangku meja makan sbb saya rasa kotor basicly semualah benda saya rasa kotor. Sabun kat rumah pun cepat habis sbb saya kerap pakai. Sehari saya boleh ganti 4 baju sbb saya rasa kotor. Kenapa dgn saya ya, saya ada dengar org kata ocd

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda tentang keadaan anda yang alami.
Gangguan obsesif-kompulsif (OCD) adalah penyakit mental yang menyebabkan pemikiran yang tidak diingini atau perasaan (obsesi) atau dorongan untuk melakukan sesuatu berulang kali (paksaan). Sebilangan orang boleh mempunyai obsesi dan paksaan.
Fikiran obsesif boleh merangkumi:
- Risaukan diri anda atau orang lain terluka
- Kesedaran berterusan mengenai mata berkelip, pernafasan, atau deria badan yang lain
- Kecurigaan bahawa pasangan tidak setia, tanpa alasan untuk mempercayainya
Tabiat kompulsif boleh merangkumi :
- Melakukan tugas mengikut urutan tertentu setiap kali atau beberapa kali “baik” tertentu
- Perlu mengira barang, seperti langkah atau botol
- Takut menyentuh tombol pintu, menggunakan tandas awam, atau berjabat tangan
Berdasarkan kenyataan anda, punca anda mengalami keadaan ini mungkin berpunca dari pada persekitaran yang stres dan tidak ceria. Oleh sebab itu, kami sarankan anda mencuba beberapa teknik berikut untuk mengurangkan stres anda:
- Dapatkan tidur yang cukup
- Luahkan perasaan kepada orang yang anda selesa dan percaya mengenai masalah anda
- Lebihkan senaman atau melakukan aktivti sukan. Ia dapat membina keyakinan diri secara langsung
- Kawal emosi dengan melakukan hobi yang baharu dan menarik perhatian anda bagi memberi tumpuan dan matlamat baharu bagi anda daripada melayan karenah stres dan kemurungan.
- Dapatkan nasihat atau kounseling daripada pihak kounseling serta pakar yang berdekatan.
- Elakkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengganggu emosi anda
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami juga ingin menasihati anda agar untuk sentiasa berkeyakinan diri dan selalu berfikiran positif dalam menangani masalah anda. Seharusnya anda juga boleh berjumpa dengan pihak kounseling bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan untuk anda.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan ubat-ubatan mengawal gejala anda sekiranya perkara ini berlarutan. Namun, ubat-ubatan tersebut harus didapatkan melalui perskripsi yang sah daripada doktor anda setelah menjalani ujian kesihatan yang berpatutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.