
Sulit
4 tahun
Kerap membuang air kencing sikit² setiap malam
Saya berumur 22 tahun…Saya kerap membuang air kencing sikit ² setiap malam…Itu masalah apa doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda tidak meminum air sebelum tidur. Sekiranya masalah ini berlanjutan dan menggangu aktiviti harian anda, dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.