
Sulit
4 tahun
Kerap mengambil postinor ketika subur
Isteri saya subur pada hari rabu,pagi tu kami lakukan seks dan selepas 6 jam dia ambil postinor atas sebab pancut dalam, kemudian selepas 12 jam dia ambil lagi 1 tablet ,dan kami lakukan seks lagi pada 6 jam kemudian nye pada hari khamis.Adakah ubat itu berkesan?

4 tahun
Salah sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan kenyataan yang diberi, kami memahami anda telah mengambil ubat pil perancang bernama pil perancang kecemasan selepas 6 jam melakukan seks.
Untuk maklumat anda, pil perancang kecemasan bukannya diambil setiap hari untuk merancang kehamilan. Cara pil perancang kecemasan berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Kami sarankan anda boleh mencuba kaedah kontraseptif yang lain seperti:
- Memakai condom
- Combine-oral contraceptive pill (COC’s)
- Intrauterine Device (IUD)
- Diafragma serviks
- Pull-out method
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.