
mohdazharmus
5 tahun
Kerap merasakan sakit Dan d selesa dibahagian dada
Sya lelaki berumur 19 tahun. Saya merasakan sakit dada di bahagian tengah, kanan Dan Kiri Dan selalunya di bahagian kanan…kadang kadang sakit tersebut dpt dirasakan smpai bahagian blakang badan…pernah membuat pemeriksaan pada tahun 2017 Dan Dr britahu x ada masalah…namun sya masih Rasa skit dada tersebut…adakah sakit dada tersebut normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kanan atau kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih