
Sulit
3 tahun
Kerap minum soya untuk perempuan
Kebaikan & keburukan minum soya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keinginan anda untuk mengetahui kebaikan dan keburukan minum soya.
Soya mampu memberi banyak manfaat jika dilihat pada kandungan kalori, protein, karbohidrat, serat, lemak, zat besi, pelbagai jenis vitamin serta mineral yang tinggi di dalamnya. Antara manfaat yang mungkin dibawa bersama makanan ini termasuklah:
- Merendahkan tahap kolesterol
- Meningkatkan tahap kesuburan
- Melambatkan simptom menopaus
Tetapi, soya juga dikatakan mungkin akan membawa kesan sampingan seperti:
- Meningkatkan risiko kanser
- Menjejaskan fungsi tiroid
- Merosakkan sistem penghadaman
Namun perkara ini kekal sebagai kemungkinan yang belum pasti dan memerlukan kajian lanjutan daripada pakar.
Soya juga mengandungi isoflavones – sejenis sebatian yang bertindak seperti estrogen di mana sangat penting untuk fungsi tubuh badan wanita. Namun,sehingga kini, tidak ada kajian yang sah boleh menyatakan dengan yakin bahawa soya memberikan kesan kepada kesuburan. Hal ini dapat dibuktikan di mana negara pengeluar soya serta pengambilan soya yang tinggi dalam diet pemakanan mereka tidak mengurangkan kadar kelahiran berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan menggunakan soya. Contohnya seperti penduduk India, Indonesia dan China yang mengambil soya sebagai minuman dan makan (taufu dan tempe).
bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.