
Sulit
2 tahun
Kerap Muntah Dalam Bas
Saya wanita berumur 19 thun. Saya terlalu kerap muntah di dalam bas untuk 1 tempoh perjalanan yg lama ketika melalui kawasan berbukit atau berliku-liku. apakah sebabnya dan rawatannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, besar kemungkinan kondisi yang anda alami adalah motion sickness ataupun mabuk. Hal ini terjadi disebabkan oleh konflik maklumat deria dari sistem vestibular (sistem keseimbangan) dan mata kepada sistem saraf pusat. Pada kejadian ini, sistem keseimbangan anda merasakan getaran dan belokan kenderaan tersebut, tetapi mata anda tidak memproses kejadian yang sama. Maka, ini menyebabkan kecelaruan maklumat yang diproses mata dan sistem vestibular sehingga menyebabkan sistem saraf pusat (otak) anda keliru dan menimbulkan gejala mabuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.