
Sulit
3 tahun
Kerap Naik lelah dan mudah letih
Saya umur lewat 20 an, kebelakangan ini saya kerap ‘wheezing’ dan ini merisaukan saya.saya sudah menjalani swab test,hasilnya negative…Perlukan saya jumpa doktor untuk hal ini.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah ‘wheezing’ dan mudah letih. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Asma
- Alahan
- Bronchitis
- Merokok
- Jangkitan pada sistem saluran pernafasan ;
- GERD
Masalah pernafasan anda juga boleh menyebabkan keletihan kerana badan anda tidak mendapat oxygen yang mencukupi. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor secepat mungkin supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.