IkhmalHaris

5 tahun

Kerap onani adakah akan mati pucuk

Saya mengalami mati pucuk akibat terlalu kerap onani. Kadang2 zakar saya juga mengeras ketika waktu pagi. Saya perlukan rawatan

Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat beberapa punca berlakunya mati pucuk. Antaranya ialah apabila aliran darah di dalam zakar adalah terhad atau saraf mengalami kerosakan. Selain itu, sebarang tekanan atau masalah emosi juga boleh menyebabkan masalah mati pucuk. Sebagai amaran awal penyakit yang lebih serius seperti aterosklerosis (pengerasan atau pembengkakan arteri), penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Antara kaedah untuk merawat masalah mati pucuk adalah dengan penggunaan ubat makan atau pil. Ubat yang dikenali sebagai perencat jenis PDE-5 meningkatkan aliran darah zakar. Viagra (sildenafil citrate) adalah satu-satunya ubat yang diluluskan untuk rawatan mati pucuk.

Selain itu, terdapat juga peranti vakum yang membantu mengeraskan zakar. Peranti itu adalah tiub plastik yang diletakkan ke atas zakar. Pam di hujung tiub membuat vakum tekanan rendah di sekitar tisu erektil, yang mengakibatkan ereksi. Bukan itu sahaja, terdapat juga terapi suntikan sendiri. Alprostadil disuntik ke bahagian zakar dengan jarum yang sangat halus.

Semoga anda dapat mendapat rawatan yang diperlukan.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hai, buat pengetahuan anda, sebenarnya tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan kaitan di antara kekerapan onani dengan mati pucuk. Namun, teknik yang salah akan membuatkan seseorang itu mengalami kesan sampingan lain seperti ejakulasi pramatang, kecederaan pada kemaluan ataupun bahagian-bahagian tubuh lain yang terlibat.

Kesihatan mental dan psikologi memainkan peranan yang penting di dalam proses ereksi. Tekanan perasaan, stress serta masalah di dalam perhubungan sesama pasangan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami mati pucuk.

Mati pucuk juga boleh menandakan bahawa seseorang itu mempunyai masalah perubatan. Pesakit-pesakit seperti sakit jantung, kencing manis, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan menhidapi kemurungan kerap mengalami mati pucuk. Kesan sampingan sesetengah ubat-ubatan juga turut boleh menyebabkan mati pucuk berlaku. Sangat disarankan supaya anda merujuk seorang doktor supaya keadaan anda boleh dikenalpasti dengan baik.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, terima kasih kerana sudi mendapatkan khidmat kami.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk. Namun tiada kajian yang menunjukkan kerap onani atau masturbasi boleh menyebabkan keadaan ini. Namun begitu onani atau masturbasi ini mungkin boleh menyebabkan masalah fungsi zakar yang lain seperti ejakulasi pramatang sekiranya teknik masturbasi yang tidak betul digunakan seperti masturbasi tanpa menggunakan pelincir.

Masalah mati pucuk berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Selain masalah gangguan emosi yang sering menjadi punca, gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan sebab yang boleh mengakibatkan masalah ini. Merokok dan pengambilan minuman berakohol adalah perkara yang perlu dihindari untuk menjauhi risiko masalah mati pucuk. Berat badan berlebihan juga adalah salah satu faktor yang dikenal pasti. Sejumlah 79% penghidap masalah mati pucuk mengalami masalah berat badan berlebihan. Selain itu, masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi serta penyakit salur darah, jantung dan saraf juga adalah penyumbang yang biasa didapati dalam kalangan pesakit yang mati pucuk.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis yang betul tentang masalah yang anda hadapi dengan menjalani pemeriksaan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)