
Sulit
5 tahun
Kerap pancut ketika tidur
Hai… Sy lelaki berkahwin umur 30thn…saya Ada masalah Kerap pancut ketika tidur biasanya seminggu or 2mggu Sekali Sy akan bermimpi Dan terpancut… Apakah Punca Dan masalah ini doktor… Last Sekali Sy pancut ialah kelmarin Dan slps pancut Kelenjar Dan ari2 Sy bengkak Dan senak… Dalam masa yg Sama batang Zakar Sy bengkak… Mohon pencerahan doktor… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mani biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Akan tetapi, terdapat keadaan apabila air mani keluar tanpa sengaja. Pengeluaran mani tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal
- efek samping ubatan
- masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, kecederaan, dan jangkitan
Merujuk kepada keterangan mengenai senak dan kelenjar bengkak, keterangan tersebut memerlukan penjelasan lanjut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.