
Sulit
4 tahun
Kerap pening dan ada tompokkan darah walaupun tidak period
Saya 27y dlm smggu ni sy kerap pening kepala ats dan tepi sbelah kiri, dlm mase yg same ad tompokan darah walaupon sy belum dlm tempoh period. Kalau nk diikutkan mgu ni adalah date yg betul tp darah tu warna gelap coklat. Saya ad jumpa dr swasta dan dia kata normal. Sy jugk terasa sakit di bahagian ats pinggan sebelah kiri

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kepala.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Untuk makluman pihak anda, sakit pinggang yang disebabkan oleh jangkitan buah pinggang sukar dibezakan dengan sakit pinggang akibat masalah otot. Biasanya, sakit pinggang kerana jangkitan buah pinggang akan disertai dengan masalah kencing seperti darah semasa kencing, kencing berbuih atau kencing mendung. Sakit pinggang akibat lenguh pula biasanya didahulukan dengan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan sakit pinggang seperti mengangkat benda berat, membongkok terlalu lama atau postur yang salah.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.