
yantiayub84
6 tahun
Kerap pening kepala
Saya selalu pening kepala dan rasa loya, dan saya sudah memeriksa tekanan darah saya bacaan nya 121/74 adakah normal

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor
Terdapat beberapa jenis sakit kepala secara amnya.Antaranya ialah:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Dan berkenaan tekanan darah anda adalah dalam lingkungan normal. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!