
Sulit
4 tahun
Kerap pitam dan berpeluh
hi dr. im a 20 y/o girl. boleh dr terangkan kenapa saya kerap pitam also come with pening teramat sangat and berpeluh. saya seorang penderma darah sejak dua tahun lalu tapi masalah ni berlaku sebelum saya derma darah lagi. adakah ini satu masalah gang serius ? saya perlu konsult ke klinik atau tidak ye dr ? terima kasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kerap pitam dan berpeluh boleh berpunca daripada:
- Anemia atau kurang darah merah
- Tekanan darah rendah
- Masalah tiroid
- Hypokalemia
- Masalah jantung lemah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana semasa pitam anda mungkin tercedera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.