
ainiey.saleh
4 tahun
Kerap pitam hari ini
Saya wanita bujang berumur 35 tahun dan aktif bersukan. Masalah saya harini saya pitam lebih dari 5 kali. Bila bangun tiba2 dan pitam. Paling teruk yang terakhir saya pitam lebih kurang satu minit dan hampir terjatuh. Saya ada buat checkup baru baru ini dan mengalami anemia. Adakah itu penyebab saya pitam? Saya tidak mempunyai penyakit2 lain.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang lain juga selain daripada anemia boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:
Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.