
Sulit
4 tahun
Kerap sakit Bahu, Dada mencucuk-cucuk
Suami saya kerap mengalami masalah sakit bahu.keadaan yang sangat sensitif, bila salah duduk sahaja akan terus rasa sakit.
Dan akan mengalami sakit dada, Kadang kala rasa dada mencucuk-cucuk juga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit bahu serta terasa dada seperti sering dicucuk. Untuk makluman anda, Simptom-simptom yang anda alami tersebut mungkin berkait ataupun tidak. Namun pada pendapat kami, terdapat kemungkinan bahawa anda mempunyai masalah jantung seperti kegagalan jantung, ataupun jangkitan dan keradangan pada jantung (Pericarditis, Myocarditis, Endocarditis) yang khususnya boleh menyebabkan sakit dada dan bahu sekali gus.
Keradangan pada jantung ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun virus, dan ia juga boleh disebabkan oleh penyakit autoimun seperti Lupus Erythematous, demam reumatik dan juga Scleroderma. Sakit yang mencucuk pada dada ini adalah disebabkan oleh kumpulan cecair pada selaput jantung (Pericardial effusion) yang berpunca dari keradangan tersebut.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi