
Sulit
3 tahun
Kerap sakit dada berdebar2
Saya umur 27 , sekarang saya kerap rasa berdebar2, cemas dan takut, kadang2 sy susah utk tidur kerana saya berfikir sampai kadang saya tiada selera nak makan. Tanda apakah itu doctor

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah jantung berdebar , kesukaran untuk tidur dan ketiadaan selera untuk makan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit kegagalan jantung
- Atrial fibrillation
- Angina pectoris
- Penyakit kegelisahan
- GERD
Kami memahami kerisauan anda, tetapi masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut seperti penggunaan ujian imbasan dan sebagainya. Oleh itu, kami sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.