Sulit
2 tahun
Kerap sakit dada dan sendawa
saya remaja perempuan berusia 16 tahun.Saya kerap sakit dada,jika saya gosok pada tempat yang sakit tu terus sendawa.Saya juga sudah buat ecg di klinik kesihatan dan doctor bagitahu ecg saya normal.Saya juga kerap rasa nak pengsan dan kurang fokus.Saya sudah buat ujian darah untuk hyperthyroid.Adakah masalah yang saya hadapi berkaitan dengan hyperthyroid ataupon saya mempunyai penyakit lain?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah sakit dada, angin, pengsan serta sukar untuk fokus. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Anemia
- Masalah jantung
- Hypotension
- Masalah tiroid
- Gastrik
- GERD
- Ulser perut
- Masalah keresahan (Anxiety)
Berikut merupakan diagnosis umum mengenai penyakit yang boleh menyebabkan simptom anda. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.