
Sulit
4 tahun
Kerap sakit dada dn tulang belikat
Sy wnita 21 thn sblm ne sy mndrta hprtiroid…saat ini sy kerap sakit dada smpai ke tulang belikat dn nfas pndek…apa yg ptut sy buat doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi