
Vaisy
6 tahun
Kerap sakit di bawah pusat, seperti senggugut tetapi tidak period
Selamat petang Dr. Sy demam dah 5 hari. Pada hri isnin lalu. Sy ad pergi ke klinik kerajaan. Nurse ada ambil darah sy dan Dr bgithu sel darah putih sy tinggi sedikit… sy nak tnya berkenaan tentang sel darah putih tinggi sedikit… berpunca daripada apa? Apa kesannye pada tubuh bdn… Dan lagi satu soalan. Saya nak tnya haid tidak teratur kadang-kadang sebulan 2 kali. Dan saya kerap sakit di bawah pusat. Rasa mcm segugut tapi tidak period. Boleh Dr jelaskan?

6 tahun
Selamat petang, cik. Untuk soalan pertama, sel darah putih yang tinggi boleh disebabknan oleh jangkitan kuman seperti jangkitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan tonsilitis. Ia juga boleh disebabkan oleh stres yang tinggi, tuberkulosis, ubat seperti steroid, alahan dan juga kanser darah. Ia berfungsi sebagai sistem mempertahankan imun badan daripada jangkitan dan kanser. Apabila jangkitan reda, maka sel darah putih akan kembali pada jumlah yang normal.
Untuk soalan yang kedua pula, putaran haid dua kali sebulan mungkin normal dan mungkin tidak. Ia dikira normal jika putaran haid anda sebelum ini adalah dalam pendek tetapi lebih daripada 21 hari dan kurang daripada 28 hari. Ia bermasalah jika tiba-tiba putaran haid timbul 2 kali dalam sebulan. Ia mungkin disalah tafsirkan sebagai kitaran haid yang kedua padahal ia merupakan ‘spotting’ iaitu pendarahan yang sedikit. ‘Spotting’ boleh disebabkan oleh darah lama yang tidak keluar sebelum ini dan kelihatan berwarna merah gelap. Ia juga berlaku disebabkan oleh kehamilan, jangkitan penyakit kelamin ataupun keguguran bayi.
Punca putaran haid yang tidak stabil juga boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seperti dalam PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome), masalah tiroid dan juga ketumbuhan rahim. anemia. Saya sarankan anda bertemu doktor untuk medapatkan rawatan.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda. Sel darah putih yang tinggi adalah respons badan anda untuk melawan jangkitan yang menyebabkan demam. Respons badan ini adalah penting untuk menghapuskan kuman ataupun jangkitan yang mungkin mengakibatkan komplikasi yang serius. Sel-sel darah putih ini dihasilkan daripada sumsum tulang anda. Bagi kes kamu, peningkatan sel-sel darah putih adalah berunsur daripada respons yang normal dan tidak akan membawa kesan-kesan yang buruk. Tetapi peningkatan sel-sel darah putih secara tidak normal di kanser sumsum tulang boleh menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, contohnya pengurangan berat badan yang melampau, senaman yang berlebihan, stres, polycystic ovary syndrome(PCOS), masalah sistem reproduktif dan masalah kesihatan yang kronik. Berdasarkan deskripsi anda, ia berkemungkinan berasal daripada masalah sistem reproduktif kerana mempunyai kesakitan yang kerap. Masalah sistem reproduktif termasuk PCOS, endometriosis, fibroid rahim dan polips dalam rahim. Masalah kitaran haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan pengeluaran hormon yang tidak tetap daripada sistem reproduktif anda.
Doktor akan bertanya tentang jangka masa, kekerapan kitaran haid anda untuk mendapat idea tentang corak kitaran haid anda. Selain itu, doktor perlu mengetahui ubat-ubatan dan sebarang prosedur ataupun pembedahan yang berkaitan dengan masalah anda. Pada masa yang sama, doktor mungkin perlu membuat ujian darah untuk mengenal-pasti diagnosis dia. Pada pendapat saya, sila berbincang dengan pakar sakit puan untuk mendapat informasi yang lebih komprehensif. Semoga saya menjawab soalan anda dan cepat sembuh.