
noranisaamira
5 tahun
Kerap Sakit Kepala. Adakah itu hanya migrain atau sintom kepada kanser?
Saya pelajar berumur 23 tahun. saya kerap sakit-sakit kepala dibahagian dahi dan keatas dan ketika sakit itu datang ianya seakan-akan panas dibahagian dalam dan menyebabkan penglihatan saya sedikit kabur. saya juga mengalami kebas-kebas tangan sekiranya memegang sesuatu benda dengan terlalu lama terutamanya pada bahagian jari. adakah itu tanda-tanda kanser atau hanya sakit kepala biasa sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pertanyaan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.