Anonymous
6 tahun
Kerap sakit kepala dan mudah berasa mual
saya wanita berumur 29 tahun.saya kerap sakit kepala sehingga menyebabkan rasa mual dan sukar tidur.saya ada mengalami kecerderaan di atas kepala sebelah kanan disebabkan terjatuh di bilik air 20 tahun yang lalu.rasa sakit di tempat luka tersebut masih rasa berdenyut-denyut kadang- kadang sehingga hari ini.saya ada makan panadol tetapi pening kepala juga tidak sembuh.bila banyak berfikir ,saya akan mudah pening kepala.saya juga mudah pening kepala pada waktu pagi.bila berjalan jauh guna kereta saya mudah berasa mual dan muntah dengan banyak sehingga 3 kali.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Disebabkan anda pernah mengalami kecederaan di kepala, dan anda sering rasa berdenyut di bahagian tersebut, anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































