adda90618
6 tahun
Kerap sakit kepala sampai berdenyut
Saya wanita berumur 26tahun…saya kerap sangat sakit kepala… Malam tadi sakit kepala saya ambil panadol activfast 2biji…pagi ni saya bangun tidor sakit kepala saya datang balik… Sampai berdenyut-denyut… Apa perlu saya buat ya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan cik tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Sakit kepala berterusan merupakan sebuah masalah yang kerap menyelubungi masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Secara am nya, untuk mengurangkan kesakitan ini, cik boleh melakukan beberapa perkara ini :
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk memeriksa mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang cik hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, cik amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































