
Sulit
4 tahun
Kerap sakit perut kadangkala seakan senggugut
Saya wanita dan berumur 25tahun. Saya sering mengalami sakit perut kadang agak serius dan boleh dikatakan hampir setiap hari . Adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut seakan senggugut. Untuk pengetahuan anda, gejala seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis. Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Beberapa penyebab lain sakit perut adalah seperti:
- Appendicitis (keradangan apendiks)
- Keracunan makanan
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Bagi mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala sakit perut yang anda hadapi semakin serius untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat beserta rawatan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih