
Sulit
4 tahun
Kerap sakit pinggang hingga pinggul
Hi doc, saya seorang perempuan berumur 20 tahun. Saya kerap mengalami sakit pinggang hingga ke pinggul sejak 2 tahun lepas. Kadang kala, ianya memberi kesan sakit hingga ke kawasan bawah perut. Pada awalnya saya ingatkan ianya hanyalah period pain namun ia kerap berlaku hampir setiap masa. Adakah ianya sesuatu yang berbahaya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot kawasan pinggang yang terseliuh
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan organ wanita
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury , dll.)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan adik anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar adik anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.