
Sulit
3 tahun
Kerap sakit pinggang sebelah kanan juga belakang
Saya lingkungan umur 40an ke atas bekerja sebagai delivery courier motosikal sejak 2-3 bulan kerap belakang juga pinggang sebelah kanan… Perlu kepastian dri doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara termasuklah dari bahagian tulang itu sendiri ataupun organ sekitar kawasan pinggang sebelah kanan. Antaranya:
- Trauma pada bahagian kanan pinggang
- Keradangan appendiks
- Keradangan usus
- Cyst pada ovari
- Jangkitan kuman pada bahagian pelvis
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Batu karang pada buah pinggang/ saluran buah pinggang
- Kandungan ektopik ( kehamilan luar rahim )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.