Sulit
4 tahun
Kerap sendawa panjang dan pendek
Saya ada masalah kerap sendawa…masalah keresahan/kebimbangan juga saya ada. xkira sendawa panjang/pendek. Saya ada tgk di Google yg sendawa panjang ade penyakit kronik,yg pendek normal.adakah itu benar? Saya kerap sendawa pun bila perut kosong.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kerap sendawa. Untuk makluman anda,sendawa adalah cara badan anda mengeluarkan lebihan udara dari saluran pencernaan atas anda. Sebilangan besar sendawa adalah kerana tertelan udara berlebihan. Udara ini selalunya tidak sampai ke perut tetapi terkumpul di kerongkongan. Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Walau bagaimanapun, penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang sama juga termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah anda hari ini.





























