
Anonymous
5 tahun
Kerap terasa Dada sakit sebelah kanan
Sy wanita berumur 26tahun.baru2 ni saya mengalami accident bahagian badan sebelah kanan terhempas…start dari kejadian tu dada sebelah kanan saya semakin kerap sakit.batuk dada terasa sakit,begerak rasa sakit,makan terasa sakit.sewaktu tido tak selesa nak pusing kiri kanan pun sakit… semakin menjadi2 rasa sakit dada ni.saya cuma nak tau kenapa boleh sakit sampai macam tu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, sakit ini mungkin disebabkan oleh kesan sampingan dari kemalangan itu sendiri. Ia mungkin disebabkan oleh kecederaan pada bahagian otot,tulang atau saraf. Saya sarankan untuk anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan sewajarnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.