Anonymous
6 tahun
Kerap tidak cukup nafas
Hi, saya wanita berumur lingkungan 20-an dan kerap mengalami tidak cukup nafas lately ni. first time saya kena waktu di dalam train yang sesak dengan penumpang. saya beranggap mungkin kerana ramai orang dan kurang oksigen. Tapi sekarang di pejabat dan juga di rumah saya kerap rasa tidak cukup nafas, dalam keadaan duduk dan juga baring. Apabila benda ini berlaku saya kena tarik nafas dalam dan kerap. Adakah benda ini perkara biasa atau perlu berjumpa dengan doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sesak nafas anda boleh disebabkan:
- Asma
- Keresahan
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit saluran udara sempit
- Pulmonary embolism - darah pekat pada saluran darah paru-paru
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, rentak jantung tidak tetap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































