Sulit
3 tahun
Keresahan dan hipertiroid
Sy pnderita hpertiroid.saat ini sy mkn ubt carbimazole,propranolol dn juga bisoprolol.tenga hr td sy telah mgalami keresahan akibat mnum neskafe…adakh keresahan saya akibat minum neskafe tadi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Oleh kerana kopi mempunyai kandungan kafein, ini dapat memperburukan lagi gejala hypertiroidisme anda. Saya menasihatkan anda untuk kurangkan atau elakkan dari minuman dan makanan yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi seperti:
- minuman berkarbonat
- kopi
- dark chocolate
- teh hijau
- dll.
Minuman yang dianjurkan oleh penderita tiroid adalah:
- jus saderi
- air masak / mineral
*air yang tidak mengandungi kafein
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.