
Sulit
4 tahun
Keresahan yang melampau
Hye doc,sy prmpuan umur 17 thun
Sejak kebelakangan ini,diri saya sudah tidak terkawal,24 jam selalu keresahan,perasaan takut tanpa sebab dan overthinking yang negative terlampau,saya melalui perkara ini bermula pada bulan 11 tahun lepas,saya tidak pernah merujuk atau dirujuk oleh kaunseling atau doktor²
Saya selalu merasai diri dalam keadaan tak tentu arah, degupan jantung tinggi,pernah sekali smpai 130 bacaannya,sesak nafas,murung,tiada selera makan,perasaan mahu menangis selalu,perasaan seperti diri berada dalam keadaan bahaya,sehingga tidak boleh menutupkan mata,bimbang sesuatu akan menimpa,apabila saya melihat sesuatu,saya merenungnya dan otak sya mula berfikir tentang sesuatu yang akan menimpa,saya selalu tak cukup tidur,kadang ii tak tidur dan kadang ii tidur pukul 2/3/4 am setiap hari dan bangun pukul 5 am
Saya takut,sejak kebelakangan ini,diri saya sudah tidak dapat dikawal,selalu takut,selalu sakit kepala,skit kepala merupakan perkara wajib setiap hari dirasai oleh saya,
Saya pernah terfikir untuk beli dan telan ubat penenang,tapi at the same time saya takut saya tak boleh control diridan mengambil nya secara berlebihan…
Bantu saya doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala merasa takut dan resah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Kecenderungan personaliti
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan adalah diperlukan. Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Oleh itu, anda boleh mendapatkan khidmat pakar psikiatri bagi mendapatkan diagnosis serta rawatan yang bersesuaian atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih