
Sulit
3 tahun
Kerongkong infection
Sy check di hospital kerongkong kena infection, diberikan antibiotics, ubat batuk. Namun saya tidak batuk ataupun kahak, adakah sy makan antibiotik saja mampu hapuskan infection tersebut? Atau sy perlu makan ubat batuk juga?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegelisahan anda tentang infection pada kerongkong yang dialami tanpa batuk atau kahak. Anda juga ingin bertanya sekiranya antibitik diperlukan untuk merawat kondisi anda. Kami akan cuba membantu.
Umumnya jangkitan pada kerongkong yang disebabkan oleh jangkitan bakteria memerlukan rawatan antibiotik untuk melawan, membunuh dan mencegah penyebaran bakteria ke kawasan lain pada tubuh.
Untuk pengetahuan anda juga, jangkitan pada kerongkong yang tidak dirawat pula boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti:
- Jangkitan sinus atau telinga.
- Abses tonsil
- Sepsis
Oleh itu, anda digalakkan untuk menghubungi doktor secara langsung sekiranya memerlukan bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.