
Sulit
3 tahun
Kersp sakit dada berserta angin/ sendawa
Sy kerap sakit dada berserta angin/sendawa…pernah masuk ward doktor kata gastrik…bila berjalan laju pun rasa sakit dada sebelahkanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kerap sakit dada, sendawa dan angin boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Jangkitan kuman seperti H.pylori
- Penyakit esofagus
- Ulser peptik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.