
Sulit
4 tahun
Kerulan di bawah rahang
Hello docter.Sy wanita berumur 20thn.sy dapati ade ketulan di bawah rahang sy…kadang2 terasa sakit kadang2 x rase ape2 pon.sy pernh jgk jmpe dokter di klinik terdekat tp dokter kate ketulan ini disebabkan sy pkai breases…setelah sy buang breases still ade ketulan tu dn sprti biase kdg2 sakit kdg2 x…sy sgt risau mengenai perkara ini…sy nk minta pencerahan dokter mengenai masalh sy ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak soalan yang harus ditanyakan untuk saya memahami masalah sebenar yang anda alami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi sekiranya ketulan itu semakin besar atau semakin sakit.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.