
Sulit
4 tahun
Kes Suspek Covid di Mysejahtera Apps tanpa symptom berat
hi doctor,
Pada awal minggu ini di mysejahtera apps, saya didapati menjadi kes suspek. symptom covid saya tiada. Hanya pening dan lidah menjadi kebas. sy still boleh bau dan rasa. jadi patut kah sy mengabaikan kes suspek tersebut or still kena check ? if tak boleh mengabaikannya, boleh ke sy buat test tersebut di private clinic?
thanks doctor!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan COVID-19 kerana terdapat sesetengah pesakit COVID-19 merupakan pesakit asimptomatik di mana mereka tidak menunjukkan sebarang gejala dan disahkan positif setelah ujian dilakukan. Selain itu, keterangan lebih lanjut perlu daripada anda dan pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan untuk mencari punca mengapa anda mengalami gejala yang dikatakan di ruangan soalan. Berkenaan soalan kedua, anda boleh membuat ujian COVID-19 di klinik swasta yang menawarkan khidmat ujian COVID-19.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini